Apex Healthcare Berhad

 
  DOWNLOAD ANNUAL REPORT
  FINANCIAL RESULTS
 

Polisi Privasi

English  |  Bahasa Malaysia   

Apex Healthcare Berhad dan semua anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu (dirujuk secara kolektif sebagai "Apex Healthcare" atau "kami") hormat dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Polisi Privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menyimpan dan mengendali maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (‘APDP’).

Sila baca Polisi Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda. Dengan memberi maklumat peribadi anda kepada kami atau mengunakan laman web kami, anda telah bersetuju dengan terma dan syarat Polisi Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini. Sekiranya anda tidak ingin memberi kebenaran ini kepada kami, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dan elak daripada menggunakan mana-mana borang elektronik di laman web kami. Kegagalan untuk bersetuju dengan terma dan syarat-syarat Polisi Privasi ini akan mengakibatkan pihak kami tidak dapat memproses permohonan anda, permintaan dan/atau membekalkan kepada anda produk atau perkhidmatan yang berkaitan.

Kami berhak untuk meminda Polisi Privasi ini dari masa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Sila semak laman web kami untuk maklumat mengenai Polisi Privasi yang terkini www.apexhealthcare.com.my

1. DEFINISI MAKLUMAT PERIBADI

1.1 Jenis Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda yang dikumpulkan atau diberikan kepada Apex Healthcare bagi kegunaan yang diterangkan dalan Bahagian 2 di bawah. Maklumat peribadi anda mungkin merangkumi nama, nombor kad pengenalan/nombor pasport, tarikh lahir, umur, jantina, kewarganegaraan dan bangsa, gambar, pendidikan, pekerjaan, jawatan, maklumat majikan, keahlian persatuan profesional, butiran perhubungan termasuk alamat rumah, alamat emel, nombor telefon dan nombor fax, status perkahwinan, butiran kewangan dan akaun perbankan, rekod keselamatan dan maklumat mengesan lokasi, dan mungkin merangkumi kes-kes tertentu, maklumat peribadi yang sensitif yang berkaitan dengan maklumat kesihatan dan butiran berkaitan ahli keluarga anda dan maklumat peribadi lain yang mungkin dibekalkan kepada pihak kami dari semasa ke semasa.

1.2 Sumber Maklumat Peribadi
Kami akan mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda apabila anda:
  • berkomunikasi dengan kami
  • mendaftar minat dan/atau mengemukakan permohonan pekerjaan dengan Apex Healthcare
  • mendaftar minat dan/atau memohon maklumat mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami
  • mendaftar untuk atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami
  • menjawab apa-apa bahan pemasaran yang kami hantar keluar
  • memulakan hubungan perniagaan dengan kami
  • mengunjungi mana-mana pejabat kami
  • melawat atau melayari laman-laman web kami
  • membuat aduan kepada kami
  • memberi maklumbalas kepada kami
  • menyertai kaji selidik kami
  • memasuki atau menyertai mana mana acara, bengkel atau program yang dianjurkan/dikendalikan oleh kami
  • membeli saham Apex Healthcare Berhad di Bursa Malaysia Papan Pertama

Selain daripada maklumat peribadi yang diperolehi secara terus daripada anda (seperti yang dinyatakan di atas), kami juga mungkin memperolehi maklumat peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (majikan terdahulu, agensi rujukan kredit atau institusi kewangan), dan daripada  sumber-sumber lain yang telah anda memberi kebenaran untuk pendedahan maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau di mana dibenarkan dari segi undang-undang.

1.3 Maklumat Peribadi Wajib
Semua maklumat yang diminta di dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat wajib, pihak kami tidak dapat memproses permohonan anda, permintaan dan/atau membekal produk atau perkhidmatan yang berkaitan kepada anda.

2. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Maklumat peribadi anda dikumpulkan, digunakan dan/atau diproses oleh Apex Healthcare untuk satu atau lebih tujuan-tujuan berikut :

  • untuk mengesahkan identiti anda
  • untuk membolehkan kami menunaikan kewajipan kontrak kami
  • untuk menjalin dan menguruskan dengan lebih baik apa-apa perhubungan perniagaan yang kami mungkin ada dengan anda
  • untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan dan dibekalkan kepada anda
  • untuk mempertimbangkan dan memproses permohonan/permintaan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami
  • untuk sentiasa berhubung dengan anda dan menyediakan anda dengan maklumat yang diminta atau yang mungkin menarik minat anda
  • untuk pengambilan pekerja
  • untuk latihan dan pembangunan
  • untuk tujuan yang berkaitan dengan sumber manusia
  • untuk memaklumkan anda tentang manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan kami
  • untuk mengendali dan mengurus produk dan/atau perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda (termasuk pengenaan bayaran, pengebilan, kemudahan pembayaran dan pengutipan hutang)
  • untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa pertanyaan mengenai bil, aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda berikan kepada kami mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami
  • untuk memproses komunikasi yang anda hantar kepada kami (contohnya, menjawab pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas)
  • untuk menilai dan/atau mengesahkan kelayakan kredit
  • untuk menjalankan aktiviti pemasaran (contohnya, kajian pasaran)
  • untuk memudahkan penyertaan anda dalam mana-mana acara, bengkel atau program yang dianjurkan/dikendalikan oleh kami
  • untuk membina, mengekalkan dan menaik taraf sistem operasi perniagaan dan infrastruktur kami untuk mencapai kecekapan yang lebih baik
  • untuk memastikan cara kami dapat meningkatkan perkhidmatan kami kepada anda
  • untuk menguruskan latihan kakitangan dan jaminan kualiti
  • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang akan dianonim atau diagregatkan dengan cara yang tidak mengenalpasti anda sebagai individu
  • untuk menyiasat, membalas atau membela tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan Apex Healthcare
  • untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan
  • untuk menyenggara rekod-rekod untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang lain
  • untuk mematuhi keperluan undang-undang dan pengawalseliaan
  • untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh apa-apa undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak pengawalselia berkuasa yang berkenaan.

3. PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Apex Healthcare akan menyimpan maklumat peribadi anda secara rahsia dan anda bersetuju dan memberi kuasa kepada Apex Healthcare untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (di dalam dan/atau di luar Malaysia) termasuk:

  • pihak-pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (contohnya, juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, penasihat-penasihat profesional, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat percetakan, kontraktor, rakan niaga, penganjur persidangan/latihan/acara, penasihat-penasihat lain, agensi-agensi pelancongan dan syarikat-syarikat insurans);
  • syarikat-syarikat yang berkaitan, anak syarikat atau syarikat bersekutu Apex Healthcare;
  • syarikat pengurusan hartanah/utiliti/keselamatan untuk pengurusan hartanah yang dibeli; dan
  • agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, majlis tempatan dan pengawalselia industri yang berkaitan.

4. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat peribadi anda akan disimpan sama ada dalam bentuk cetakan di premis kami di Malaysia atau disimpan di dalam server yang dikendalikan oleh kami atau pembekal server, perunding atau penasihat yang dilantik oleh kami di Malaysia. Apex Healthcare tidak menyewa atau menjual maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga. Apex Healthcare akan mengekalkan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan demi memenuhi keperluan undang-undang pengekalan data seperti yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia yang tertentu atau melindungi kepentingan kami.

5. INTEGRITI DAN KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang kami kumpulkan, gunakan atau dedahkan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Kami akan menyimpan dan memproses maklumat anda dengan selamat. Sekiranya cara yang digunakan adalah praktik, kami akan berusaha untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan perlindungan serta prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan, untuk menghalang pemprosesan maklumat peribadi anda yang tidak dibenarkan atau salah di sisi undang-undang serta mencegah kehilangan maklumat peribadi anda secara tidak sengaja atau pemusnahan, atau kerosakan kepada maklumat peribadi anda.

Sekiranya pemindahan maklumat anda keluar daripada Malaysia diperlukan bagi pelaksanaan perkhidmatan yang diperlukan daripada kami, pemindahan maklumat akan dilakukan mengikut keperluan APDP dan anda dianggap telah bersetuju dengan pemindahan maklumat tersebut.

6. PENGAKSESAN DAN PEMBETULAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Anda layak untuk memiliki hak mengakses dan membuat sebarang pembetulan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami dan berkenaan hal ini, anda boleh:

  • memeriksa sekiranya kami memegang atau menggunakan maklumat peribadi anda dan meminta akses kepada maklumat peribadi anda;
  • meminta pembetulan maklumat peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau bukan terkini;
  • meminta penjelasan mengenai polisi-polisi dan prosedur berkenaan dengan maklumat  peribadi anda yang diberikan kepada Apex Healthcare;
  • meminta Apex Healthcare untuk menghentikan pemprosesan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran;
  • meminta Apex Healthcare untuk menghadkan proses maklumat peribadi anda, termasuk maklumat yang boleh dikenalpasti daripada maklumat peribadi anda; dan
  • memaklumkan Apex Healthcare tentang keengganan anda (sepenuhnya atau sebahagian) memberi kebenaran yang telah diberikan sebelum ini kepada Apex Healthcare tertakluk kepada apa-apa sekatan yang ada, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah untuk keengganan itu diperlaksanakan.

Anda boleh memberitahu kami secara bertulis sekiranya anda tidak ingin menerima apa-apa bahan pemasaran daripada kami dan kami akan membatalkan nama anda daripada senarai hubungan pemasaran kami.

Kami mengesyorkan bahawa permintaan untuk akses kepada data peribadi anda dibuat secara bertulis. Kami juga mungkin memerlukan anda untuk memberi kami maklumat tambahan yang dikehendaki secara munasabah bagi memproses permintaan anda.

Sila ambil perhatian bahawa di bawah APDP, kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda atas sebab-sebab tertentu yang dibenarkan di bawah APDP. Kami mempunyai hak untuk mengenakan caj pentadbiran untuk menangani permintaan anda.

7. KEWAJIPAN ANDA TERHADAP MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kami mengenai perubahan maklumat peribadi anda dan memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat, terkini dan lengkap.

Jika anda perlu untuk memberi kami maklumat peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau anak-anak anda atau di mana anda merupakan orang yang dilantik untuk berurusan dengan kami atau jika anda sedang memperolehi dan bertanggungjawab untuk produk dan/atau perkhidmatan yang mereka akan gunakan), anda mengesahkan yang anda telah (i) mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya anda berhak memberi maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk kami menggunakan maklumat peribadi tersebut dengan sewajarnya, dan (ii) memberitahu mereka untuk membaca Polisi Privasi ini di laman web kami.

Sekiranya anda menggunakan laman web kami, anda diingatkan untuk menutup tetingkap pelayar selepas pengunaan bagi mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan kepada maklumat peribadi anda.

8. MAKLUMAT HUBUNGAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian +603-56376888 dari Isnin hingga Jumaat (8.15pagi – 5.00petang, cuti am dikecualikan) atau emel kami di privacy@apexpharmacy.com.my